Thursday, October 20, 2016

Perlawanan Akhir (Final) Piala Malaysia antara Kedah Vs Selangor 2016

Assalamualaikum / Salam Sejahtera..

Kedah akan bertemu sekali lagi dengan Selangor dalam final piala malaysia 2016 di mana Kedah menjadi Naib Juara tahun lalu. Dua tahun berturut-turut Kedah memasuki perlawanan akhir. Ini menunjukkan Kedah merupakan salah satu pasukan yang sangat konsisten di Malaysia. Agak terkilan kerana tempat perlawanan masih sama iaitu Stadium Shah Alam yang pastinya akan memberikan kelebihan kepada tuan rumah iaitu Selangor. Sepatutnya perlawanan hendaklah diadakan di stadium yang berkecuali. Apapun, pulun Kedah pulun, biar jasa jadi kenangan. Semoga Kedah menjadi juara tahun ini.

Sumber gambar: 

Saturday, October 15, 2016

Perancangan Sambung PHD

Assalamulaikum..

Sudah hampir 6 tahun berkhidmat sebagai pensyarah di Unimap. Kini tiba masa untuk sambung ke peringkat yang lebih tinggi iaitu PHD. Semoga perjalanan sambung belajar ini dipermudahkan oleh Allah dan berakhir dengan kejayaan. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Tajuk yang ingin diterokai ialah "wide area fault location using phasor measurement unit (PMU)". 

Separuh Akhir Piala Malaysia 2016 - Kedah Vs Pdrm

Assalamualaikum..

Syukur, Kedah berjaya layak ke perlawanan akhir piala malaysia 2016 setelah menang secara agregat ke atas pdrm 2-1 walaupun hanya mampu seri 0-0 di tempat lawan pada perlawanan timbal balik. Kedah akan bertemu dengan selangor mengulangi perlawanan akhir 2015 di mana kedah hanya menjadi naib juara pada 2015. Semoga tahun ini, piala malaysia akan di bawa pulang ke kedah.